Malaysia

Featured Titles
Massacre In Malaya: Exposing Britain's My LaiMassacre In Malaya: Exposing Britain's My Lai by Hale, Christopher

The Malayan Emergency (1948-60) was the longest war waged by British and Commonwealth forces in the twentieth century. Fought against communist guerrillas in the jungles of Malaya, this undeclared 'war without a name' had a powerful and covert influence on American strategy in Vietnam. Many military historians still consider the Emergency an exemplary, even inspiring, counterinsurgency conflict. Massacre in Malaya draws on recently released files from British archives, as well as eyewitness accounts from both the government forces and communist fighters, to challenge this view. It focuses on the notorious 'Batang Kali Massacre' - known as 'Britain's My Lai' - that took place in December, 1948, and reveals that British tactics in Malaya were more ruthless than many historians concede. Counterinsurgency in Malaya, as in Kenya during the same period, depended on massive resettlement programmes and ethnic cleansing, indiscriminate aerial bombing and ruthless exploitation of aboriginal peoples, the Orang Asli. The Emergency was a discriminatory war. In Malaya, the British built a brutal and pervasive security state - and bequeathed it to modern Malaysia. The 'Malayan Emergency' was a bitterly fought war that still haunts the present.

Putrajaya Milik Siapa?Putrajaya Milik Siapa? by Liew Chin Tong

Buku kecil ini adalah hasil karya Liew Chin Tong, seorang ahli politik, wakil rakyat dan pemikir muda yang mahu berkongsi maklumat, pandangan serta cadangan tentang Putrajaya yang penuh dengan seribu persolalan, rahsia danmisteri. Dari saat idea penubuhan sebuah monument gergasi sebagai lambang kemegahan negara ciptaan Tun Dr Mahathir Mohammad hingga kepada reality hari ini yang memaparkan kuasa UMNO-Barisa Nasional yang semakin terhakis, Liew Chin Tong membawa pembaca menghayati fakta-fakta yang jarang atau tidak pernah disiarkan dalam media arus perdana. Buku kecil ini amat penting bagi sesiapa sahaja, sama ada anda penyokong UMNO-BN atau Pakatan Rakyat, ataupun jika anda bukan ahli mana-mana parti sekali pun, yang ingin tahu tentang tentang asal-usul Putrajaya dank e arah mana hala tuju monument raksasa yang menjadi symbol ibu Negara Malaysia.

Geological Excursion Around Miri, Sarawak 1910-2010: Celebrating The 100Th Anniversary Of The Discovery Of The Miri Oil FieldGeological Excursion Around Miri, Sarawak 1910-2010: Celebrating The 100Th Anniversary Of The Discovery Of The Miri Oil Field by Mario Wannier; Phillip Lesslar

In this volume: The history of oil field, the geology of Miri, Lambir National Park, Mulu and Niah Caves, Fossil localities, mud volcanoes, and more. In 1910, commercial discovery of oil in Miri led to the birth of the petroleum industry in Sarawak and later in Brunei. This book retraces the history of the Miri oil field and describes geological excursions in written in a way to be of interest to geology researchers, teachers and students, and to all visitors interested in the history and geology of Northern Sarawak.

Desaturasi Merah JambuDesaturasi Merah Jambu by Ladynoe Mohamed

Dari Ambang pintu aku nampak Pakcik Dit baru balik dari entah mana. Yang aku ingat dia bawa Saga biru metallic. Perlahan setelah kereta diberhentikan. Makcik Lily keluar dari tempat duduk penumpang. Mengendong bayi. Masuk ke rumah. Anak lelaki mereka, Andy yang selalu jadi teman sepermainan aku, melompat terkinja kinja macam seronok betul gayanya. "Andy dapat adik baru tu.." Sekali mak aku berbunyi. Aku terkebil-kebil mamandang mak aku. Kemudian oleh kerana pada saat umur yang penuh perasaan ingin tahu lalu aku bertanya, "Macam mana baby dijadikan?"

Blues Orang Jelebu: Jelebu, Aman, TripoliBlues Orang Jelebu: Jelebu, Aman, Tripoli by The Libyaman

Libyaman tidak membesar di zaman Darurat. Libyaman ini lahir sesudah saya melarikan diri dari Jelebu pada tahun 1974. Maknanya "blues" dari Libyaman ini bukan "blues" yang berlatarbelakang Perang Dingin. "Blues" ini lahir bukan pada ketika rakyat Tanah Melayu mengangkat senjata melawan British. Walau apa pun, Blues Orang Jelebu ini telah menembus pecah, keluar dari Tiga Pintu Pagar Besi pecan Kuala Klawang. Ianya membawa kita - para pembaca merantau jauh. Berkelana jauh. Ini kerana Libyaman ini belajar di Jordan. Maknanya fasih berbahasa Arab. Maknanya berkemungkinan untuk melihat dunia ini lebih luas dari gaung dan hutan Bukit Tangga - bahagian akhir Banjaran Titiwangsa yang menjadi pasak bumi untuk Jelebu. Dalam buku Blues Orang Jelebu ini, kita dibawa ke Jordan & Libya - ke bumi yang kita tidak pernah sampai. Inilah indahnya membaca buku. Kita dapat sampai ke tempat-tempat yang kita tak pernah sampai. Kita dibawa oleh Sang Penulis untuk berkelana sama. -Tukar Tiub

Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan KilangSekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang by Faisal Tehrani

Realitinya, hakikat sekolah dan universiti pada masa kini telah menjadi terbalik. Sekolah telah menajdi tempat untuk mengajarkan konsumerisme dan 'efficient citizens'. Sebagai penjara, anak-anak kecil tidak benarkan untuk bertanya atau memilih apa yang ingin dipelajarinya sendiri. Setiap kelas adalah sel-sel yang dibina untuk memerangkap pemikiran mereka daripada melihat dunia luar, ilmu dan fahaman yang berbeza daripada yang dibenarkan oleh pengawal penjara. Pengenalan, Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang oleh Zul Fikri Zamir

Dapatkan Ex Kembali: Bukan Kitab Rumi IiDapatkan Ex Kembali: Bukan Kitab Rumi Ii by Rumi

Buku ini khas untuk mereka yang sudah pecah hatinya kerana seorang wanita. Jangan berhenti.

KechaiKechai by Amirul Bozu

Dalam sepai, ada tawa yang berderai. Dalam pecah, ada gelak tidak bersanggah. Yang patah tidak semestinya rebah, yang kechai tak semestinya tak boleh pakai! Penulis- Amirul Bozu

Menuju Nafas TerakhirMenuju Nafas Terakhir by Petak Daud

Kehidupan adalah sebuah proses menuju kematian. Mungkin Tuhan ingin menunjukkan satu kebenaran bahawa sesuatu persahabatan boleh tercipta dengan macam-macam cara dan di mana sahaja.

BurgermpakBurgermpak by Aloy Paradoks

Lelaki sering berfikir mereka telah menjatuhkan wanita, namun mereka tidak terfikir mereka yang telah jatuh sebelumnya. - Aloy Paradoks A happy ending is just a story that hasn't finished yet. - Rayza Mukmin Macam sial! Tak dapat fikir, tengoklah status-status yang best, ambik je lah! - Bias.

#Cerita Seram2: Angker#Cerita Seram2: Angker by Jarr Nadjmuddean

Jarr kembali lagi untuk menghantui malam-malam anda! Ketahuilah benda ghaib itu memang wujud dan syaitan itu ada di mana-mana.

#Ceritaseram#Ceritaseram by Jarr Nadjmuddean

Himpunan pengalaman dan kisah seram yang tidak mungkin dilupakan Buku power #Ceritaseram ni korang kena beli. Takde alas an. -- @Mujahidmokhtar -- Tengah baca buku kau. Semalam duduk hotel Batam sensorang. Stop baca. Takutttt! -- @Tokrimau -- Buku ni aku baru baca sikit tp dia punya seram sampai rasa seta nada kt sebelah. -- @Abgadnan -- Seram juga nak tido bila baca #ceritaseram malam2. -- @Hidayahariff (FB) -- Aku baca bismillah terbakar buku tu jar -- @Syahirwahid --

Orang Hodoh CantikOrang Hodoh Cantik by Stam Mustapha

Sebuah buku oleh pengarang Zine Grounders dan Dogged Bila saya beri awak lollipop dan tidak terlintas sedikitpun di fikiran saya perbuatan itu comel. Dan jika awak mengingatkan saya betapa sebenarnya perbuatan itu comel, dan saya mula menyedarinya, tolong ingatkan saya untuk bunuh diri.

Petak-Santun (Dua Tajuk, Ceritera Dan Muku Depan Dalam Satu Buku)Petak-Santun (Dua Tajuk, Ceritera Dan Muku Depan Dalam Satu Buku) by Petak Daud

Satu buku dengan dua tajuk, dua ceritera dan dua muka depan PETAK - Dia cuba tersenyum, tapi dia sedar, itu kepalsuan yang jauh menimpa dirinya. SANTUN - Apa benda, kalau manusia dah mula mainkan, dia tak akan berhenti mainkan, sampai dia mati?

Bukan Perempuan SundalBukan Perempuan Sundal by Syahid Abdullah

Apa rasanya bila kau sebenarnya menghampiri apa yang kau jauhi selama ini? Semua orang punya ceritanya sendiri, tambah lagi seorang perempuan. Yang asalnya dari kampung, datang ke kota mencari perbaikan bila satu demi satu cerita dibongkar. Nurul, mahu buktikan yang dia bukan perempuan sundal.

Muslimeen UnitedMuslimeen United by Nama Nami

"Saya mengakui bahawa Islam adalah sumber kekuatan saya baik diatas padang atau diluar padang. Terutama ketika karier bola sepak saya berdepan kesulitan dan Islam memberi saya kedamaian yang dicari" - Franck Riberi --

Pedagogi Bahasa TertindasPedagogi Bahasa Tertindas by Zul Fikri Zamir

Manuskrip ini muncul untuk menyatakan bahawa kesan pelaksanaan dasar PPSMI lebih besar dari pencapaian murid dalam subjek Sains dan Matematik sahaja. Dasar ini akan mewujudkan kesan makro terhadap polarisasi kaum. Jurang di antara masyarakat bandar dan luar bandar akan semakin melebar, sebahagian besar masyarakat luar bandar berpotensi untuk 'marginalised', di akhirnya akan membentuk semula masyarakat 'pecah-dan-perintah'. Dari penulis best seller Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang dan Pengerusi Teach For The Needs, sebuah organisasi bukan kerajaan berteraskan pendidikan.

Bercakap Dengan JunBercakap Dengan Jun by Hazrul Rizwan

Saya ingin bercerita tentang saya dan dia ditemani seekor anjing tidak berbaka. Dia datang tanpa saya bersedia. Sesiapa pun takkan bersedia melihat darah berlumuran di telapak tangan dan ianya hanyir sekali. Namun darah itu seketika menjadi nyaman dan menenangkan. Apa yang pernah saya lakukan demi dia kadang-kadang tidak masuk dek akal. Ianya akal saya.

SeludupSeludup by Affifudin Omar

Aman Shah dan Anisah, dua individu terpelajar,terlibat di dalam kancah penyeludupan wang haram dan dadah, di sempadan Malaysia-Thailand. Sifat tamak dan haloba lantaran terlalu memuja kebendaan menjadi pencetus utama penglibatan mereka berdua di dalam aktiviti haram ini. Anisah secara licik mengheret kekasihnya, Amri, seorang pegawai kastam, tanpa disedari Amri, ke dalam kumpulan penyeludup. Amri yang akhirnya menyedari dirinya menjadi kuda tunggangan Anisah, cuba menyisihkan dirinya dari gejala ini. Tetapi upahan lumayan yang diagihkan kepadanya, Berjaya mengembirikan segala iltizamnya hendak menjadi pegawai kastam yang bersih. Akhirnya Amri terselamat daripada cengkaman aktiviti haram Anisah apabila dia dilantik menjadi ahli jawatankuasa petugas memberantas aktiviti penyeludupan dadah di perbatasn Malaysia-Thailand. Tugas yang membahaya ini dilakukan dengan jaya walaupun banyak nyawa terkorban. Ikutilah adventure Amri, Aman Shah dan Anisah yang mendebar, melibatkan tauke-tauke dadah antarabangsa, termasuk Khun Sa, raja dadah yang terkenal itu.

Cerita Kak Wan: Citra Pesona Seorang WanitaCerita Kak Wan: Citra Pesona Seorang Wanita by Zahiruddin Zabadi

Cerita Kak Wan lahir daripada suara seorang wanita yang dikentalkan oleh dugaan. Meskipun beliau pernah berada di puncak - Kak Wan tetap menjadi seorang Kak Wan, sikit pun tak berubah. Dan apabila puncak tersebut diruntuhkan - beliau masih lagi seorang Kak Wan. Kak Wan bercerita tentang kenangan, idealisme, malah suka mdan duka yang beliau lalui. Kini, Citra Pesona Seorang Wanita diluncurkan untuk ditelusuri bersama.