Literature

Featured Titles
RegardingRegarding by Lee, Madeleine

Written in response to the National Gallery Singapore's exhibitions, Madeleine Lee's volume of ekphrastic poetry enacts the ways in which language may respond to art. Each poem a vignette of a show, words compose, question and revision the visual in novel forms of their own making. regarding is the first title in the Gallery's Words on Art series-books dedicated to articulating the intersections between visual and literary art.

VelouriaVelouria by Shiau, Daren

Velouria is a seminal collection of microfiction. Daren Shiau, better known as a novelist and a poet, experimented with flash fiction in between lengthier works in the mid-200os. The title story of the book is named after a track by Boston-based alternative rock band, the Pixies. Other stories in the volume were titled after the songs by artistes such as My Bloody Valentine and Thelonious Monk. This 2017 reprint contains a new story "Sedimentary", which received the top prize in The Straits Times' inaugural microfiction competition in 2007.

Woman Who Turned Into A Vending Machine, TheWoman Who Turned Into A Vending Machine, The by Wang, Natalie

A housewife turns into a vending machine. Zombies are coming for tea. An unnamed narrator dreams of a cat. "The Woman Who Turned Into A Vending Machine" is a book on metamorphosis - metaphorical and physical, calculated and involuntary. Here is an invitation to explore how myth fits with the mundane, and how we shapeshift alongside our endlessly changing environments, muddying along life as best as we can.

PantomimePantomime by Rodrigues, Crispin

Pantomime is a homily for the weary social actor, seeking a place of shelter. These poems meander through the performative in society, sieving through letters, anthems and declarations to find the ramshackle hut at the end of the road. Come, stranger, and walk with me.

AfterimageAfterimage by Kho, Werner

Afterimage: an image that continues to appear even after the original has ceased. Werner Kho's debut poetry collection is both personal and yet universal, an exploration of the process of loss and how our they come back to us in every different angle.

Iban WomanIban Woman by Mowe, Golda

In Iban Woman, volume 3 of the Iban Dream series, the traditional folklore and lifestyle of the Ibans of Sarawak provide the inspiration for this fantasy fiction. Life has changed for many modern Iban women in Borneo, but the aspiration to be a traditional perfect woman is still considered noble.

Modern MythsModern Myths by Chow, Clara

Figures from Greek mythology take up residence in contemporary Singapore in this collection of stories that explores the pain and dilemma of modern living. What happens when you are doomed to repeat your actions over and over? Or have to remake your decisions, knowing that times have changed? What if struggling makes the divine human, and the human divine?

Misteri Kem MotivasiMisteri Kem Motivasi by Hasrul Rizwan

Kedatangan Cikgu Suraya ke Sekolah Menengah Agama Haji Barokbah telah membuatkan sekolah bertukar ceria. Guru muda itu sungguh mempersonakan dan membuatkan mata-mata tidak berhenti memandangnya. Mat Piah menjadi angau dan mula mencari jalan untuk dekat dengan Cikgu Suraya, walaupun mendapat saingan yang hebat dari Cikgu Marzuki. Setiap hari Mat Piah mencari jalan dan perkhemahan Kem Motivasi di Sungai Chilling menjadi titik untuk menyemai cintanya. Pelajar-pelajar tingkatan lima bergembira tanpa menyedari sesuatu yang menakutkan telah menunggu kedatangan mereka ke situ. Lembaga dongeng yang bertubuh besar dan hamis, makhluk tidak berwajah yang dagunya terbelah hingga ke rengkung bahkan zombi yang tergantung. Akhil, Widad, Cupin, Mat Piah dan Ahmad Maslang tersepit di antara nyawa dan keberanian. Sekali lagi mereka menempuhi malam yang panjang. Cuba menyelamatkan rakan-rakan mereka yang hilang satu persatu di kem motivasi. Meredah kegelapan demi menentang kejahatan dalam keadaan yang sungguh bangang dan menjengkelkan.

MetaskandalMetaskandal by Arzin Fauzi

Kerana kota ini tidak berwajah, di manakah Kuala Lumpur? Mereka percaya ia berada di dalam ruang lapang cermin di sebuah bilik sempit. Tetapi ada yang nampak kelibatnya dari balkoni sesekali pada waktu senja dan malam. Ada yang mengaku memasukinya setelah tersesat ke tingkat 13 sebuah apartmen, tersesat ke stesen elarti Masjid Jamek, tersesat ke bawah katil. Ada yang menemuinya dalam cerpen yang dimuntahkan oleh penulis yang menelan cerpen-cerpen lamanya. Ada pula yang senyap-senyap mencarinya dalam kebisingan kata-kata yang mendiami deretan buku di Pustaka Maya, librari yang terbina di atas bayang-bayang banduan bekas penjara.

Shh...Rahsia!Shh...Rahsia! by T. Sea

"Tahukah anda, manusia di sekeliling anda masing-masing menyimpan satu identiti yang lain dari apa yang anda lihat. Dan identiti itu menjadi rahsia sehinggalah ada yang membongkarnya." Menjadi penulis popular yang anonymous tak susah bagi Roslie selagi rahsianya disimpan rapi. Dan menjaga rahsia Rosie pula hanya tugas mudah bagi Iris. Perjalanan hidup kedua-duanya lancar sehinggalah muncul Dani di antara mereka. Kemunculan Dani memberi impak yang besar pada Iris hingga memaksa gadis itu membuka satu persatu rahsia yang tersimpan selama ini. Namun, siapa yang boleh menyangka semua itu bakal mengubah hidup mereka semuanya. Kejutan demi kejutan berlaku dan selepas itu…

MaiaMaia by Pasha

Apa yang akan kau lakukan kalau kau tahu orang di sekeliling kau penuh dengan kepura-puraan? Bagi Maia, dia memilih untuk mengasingkan diri. Biarlah dia hidup sepi tanpa sesiapa asalkan hatinya aman dan tidak terluka. Namun perkenalannya dengan Azad mengubah semuanya. Kesepiannya mula terisi dan Maia mula terasa benar-benar 'hidup' untuk pertama kalinya. Sayangnya, ada harga yang perlu dibayar untuk dia mengecapi semua itu. Sanggupkah Maia membayar harga yang tinggi demi mendapatkan sesuatu yang normal? Atau dia rela selamanya hidup dalam kesepian?

Cempaka MelatiCempaka Melati by Zahidah Zarkasi

Benarkah demi cinta, manusia sanggup berkorban apa saja? Kerana sebuah kisah yang melukakan, Cempaka cipta 'syurga' baru di Pulau Pangkor. Tetapi kemunculan dua orang jejaka telah merosakkan kedamaiannya. Addin, cinta pertamanya datang bersama kisah lama. Zhariff, lelaki yang penuh misteri muncul membawa harapan baru. Sejarah hidupnya turut menjadi perhatian hingga membuatkan Cempaka terpaksa menjejaki rahsia keluarga yang selama ini disimpan rapi oleh arwah opahnya. Cempaka berharap akan menemui jawapan namun sebaliknya makin banyak persoalan yang muncul hingga buat dia hampir berputus asa. Zhariff datang menghulur bantuan namun kemelut yang melanda makin membingungkan. Mampukah Cempaka menerima segala kebenaran yang terbongkar?

TopengTopeng by Bali Baim

Apa rasanya memakai topeng di hadapan manusia? Tersenyum masa marah, ketawa masa hati kelam. Aku dibuang sejak bayi dan hidup meringkuk dalam memori demi memori yang memberi kesan mendalam pada jiwaku, wajahku, kerana topengku kini berlapis-lapis. Aku hanya mahu satu, mak aku. Dan Bomoh Kisman perkenankannya dengan satu syarat: untuk aku tinggal di sebuah rumah yang mengandungi bilik-bilik rahsia, yang melambangkan topeng-topeng paling berat aku pakai. Mampukah aku hadapi memori paling hodoh dalam lipatan sejarah hidupku? Berhadapan topeng-topeng muka yang memberi derita? Aku akan hadapi semua memori jijikku. Dan selamat datang dunia kegelapan topeng.

SalafiSalafi by Shaz Johar

Sewaktu aku memulas tombol pintu untuk keluar, suara Abang terdengar lagi. "Abang sanggup bunuh kau kalau kau conteng arang dalam keluarga kita. Simpan kata-kata aku ni dalam otak tu elok-elok." Jantung berdegup kencang. Separuh otakku berkata yang aku tak perlu khuatir kerana Abang takkan sanggup membunuh adiknya sendiri. Dia tidaklah sebodoh atau sekejam itu. Tapi separuh lagi meminta aku terus berfikir dan berwaspada. Melihat karekter Abang, tak mustahil dia mampu lakukan semua itu.

RakaRaka by Mahizan Husain

Untuk memulakan halaman pertama, cukup sukar sekali. Nat hilir-mudik berlenggeng di ruang tamu. Sekejap duduk, sekejap berdiri, sekejap berbaring. Akhirnya siap satu halaman setelah berpuluh kali proses taip-padam-taip-padam. Nat tarik nafas lega. Halaman pertama adalah perkara paling susah dalam memulakan sebuah novel. Halaman pertamalah yang akan membuatkan pembaca mahu membaca terus atau mahu berhenti membaca. Nat guna sudut pandang orang pertama. Itu akses terbaik untuk dia masuk ke dalam pemikiran pembunuh. Halaman pertama menceritakan kejadian di malam gelap di mana si pembunuh mengundurkan kereta ketika melepasi seorang perempuan di tepi jalan. Semuanya bermula dari detik kereta itu diundurkan. Dari situlah konflik dan cerita bermula.

PuakaPuaka by Salleh Mahizan

Setelah menjalani latihan praktikal di sebuah ladang, tiga sahabat - Amirul, Roslan Dan Malik - telah pergi ke sebuah hutan dan bertemu dengan sekor jembalang bernama Jack D dalam sebuah banglo mistik. Jack D menawarkan hidup yang gemilang kepada mereka bertiga dengan syarat mereka membuat perjanjian dengannya dan membawa seorang manusia untuk dikorbankan. Tujuh tahun kemudian: Setelah menikmati segala kesenangan dan impian masing-masing sebagai pengarah filem, pelakon dan novelis, salah seorang daripada mereka telah dilaporkan hilang dan isterinya mati dibunuh. Inspektor Hasbi pun muncul memulakan siasatan mencari lelaki hilang, dalang pembunuhan dan setan.

PenumpangPenumpang by Fee Anyau Sahidzan

Jai dihantar helaian jurnal sahabatnya Eddi yang mati membunuh diri. Dalam jurnalnya, Eddi telah menceritakan pengalamannya sebagai penumpang bas. Bagi Eddi, menumpang bas merupakan rutin yang membebaskan jiwanya. Dalam usaha untuk menerima kenyataan tentang pemergian Eddi, dan memahami masalah yang telah membelenggu sahabatnya itu, Jai bertekad untuk mencuba menyelusuri jalan yang dipilih Eddi. Pada masa yang sama, Jai dibebani masalah keluarga. Pemergian Eddi telah membuatkannya lebih mempersoalkan erti hidup. Di kolej, setelah kematian Eddi hampir sebulan, Nina pula memberitahu Jai bahawa dia teman wanita Eddi. Jai keliru dengan perasaannya sendiri: Adakah dia cemburu atau sangsi?

PadamPadam by Ibrahim Jama Huri

Malik seorang dropout askar dan beberapa rakannya masuk ke hutan untuk melakukan aktiviti lasak. Namun, mereka ditimpa musibah apabila bertembung dengan penjahat yang membunuh sesuka hati. Terlepas daripada tragedi itu, Malik cuba menjalani hidup normal. Tanpa disedarinya, dia diburu penjahat yang ditemuinya di hutan. Malik yang terambil pendrive tanpa sengaja daripada penjahat itu masih tidak menyedari hal itu hinggalah beberapa musibah melanda rakannya dan ibunya. Pendrive itu mempunyai maklumat rahsia organisasi pembunuh upahan negara atau BILL. Dia kemudian bertemu seorang lelaki misteri yang menawarkan pertolongan. Tanpa mengetahui tentang identiti sebenar lelaki itu, Malik turut serta dengan rancangannya bersama beberapa orang lain dalam menumpaskan organisasi rahsia itu.

ManuskripManuskrip by Rez Khael

1. Access emel menggunakan broadband yang tersedia dalam beg. Pastikan anda periksa emel sentiasa kerana maklumat akan dihantar bila-bila masa. 2. Emel hanya akan hantar lokasi dan klu. 3. Rujuk arahan dalam sampul yang anda terima semasa di restoran bertajuk "Nota" untuk maklumat lanjut. 4. Gunakan klu dalam emel untuk tafsir setiap nota. 5. Ikut arahan yang tertera dan lakukan apa yang diminta.6. Tidak patuh pada arahan akan buat nyawa anda dalam bahaya. 7. Apa pun terjadi, jangan sesekali melibatkan orang lain. 8. Akhir kata enjoy your adventure, enjoy your writing.

HeroHero by Zakri Rahman

Hanya tiga perkara yang berlegar dalam hidup Hadi: Kebencian pada bapanya iaitu seorang bekas superhero; persahabatan dengan kawannya Ray; dan cintanya yang tak berbalas pada Aisya, rakan sekuliahnya. Hadi ingin menjadi superhero setelah mengetahui yang Aisya meminati superhero. Setelah insiden di tempat kerja part-timenya dan insiden menyelamatkan Aisya dari diragut, cita-cita Hadi untuk menjadi superhero semakin menebal, tetapi bukan seperti bapanya. Pencarian superhero baru negara pun bermula dan Hadi mendaftar sebagai peserta di Akademi Satu Superhero. Pemilihan superhero adalah berdasarkan program realiti TV. Di situ, Ray berkenalan dengan rakan dan lawan seperti Gel, Stone, Chick dan Aziz Hamidun. Siapa yang akan muncul juara?